Bukan Kerana Nama

Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracun mu

( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayang mu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwa mu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hati mu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu


Akulah Kekasih Mu

Itukah dia kekasih yang pernah berjanji
Memberi cinta untuk mu sepenuh hati
Ia akan menyesal suatu hari nanti
Apabila ia mengetahui
Kekasih mu ini ingin kembali

Tahukah engkau ia tak sepadan dengan mu
Walau beribu bisik pujuknya merayu
Kekasih mu ini terlalu ingin kembali
Sejak ia mengetahui
Kekasih mu itu selalu membuat kau bersedih

( korus )
Oh kekasih mu ini akan merasa gembira
Andai dapat bersama untuk selama-lamanya
Hanya untuk menyayangi mu
Hanya untuk bercinta lagi
Andai engkau berduka
Aku yang pertama di sisi
Andai engkau bahagia
Aku kan terus berdoa
Semoga suatu masa
Pintu hati mu kan terbuka
Dan kita akan kembali
Bercinta lagi

Aku akan kembali
Walau jalan berliku
Kerna ku kekasih mu
Hingga ke akhir hayat

( ulang korus 1 )


Bumi Malaysia

Bersinar di seluruh alam ku
Gemilang cemerlang cahaya
Lahirnya di zaman baru
Malaysia negara baru Malaysia

Berkibar bendera Malaysia ku
Berkibar di angkasa tinggi
Menunjukkan semangat bersatu
Bumi Malaysia tetap aman bersatu

Terus berjaya dan subur bahagia
Malaysia negara ku yang kaya
Tetap terpuji serata dunia
Kerana hidup damai sentiasa

Gembira di bumi ku Malaysia
Bermegah segala makhluknya
Mempertahankan semangat maju
Berjaya Malaysia negara baru


31 Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negara ku merdeka


Dirgahayu Tanahair Ku

Kau...
Persada indah permai
Pepohon menghijau menghias pantai
Putera puteri mu tersenyum riang ria
Tegas bebas sejahtera makmur maju jaya
Di bawah naungan payung mahkota

Ohhh...
Pertiwi ku perkasa
Disanjung di puja setiap masa
Berwaspada sentiasa bersemangat waja
Satu bangsa satu bahasa satu budaya
Malaysia nusa ku tercinta

( duet )
( korus )
Tumpuan... pelancong
Dan juga para peniaga
Batik songket tenunan menawan
Terkenal merata dunia

Kepada mu oh pertiwi
Kasih ku abadi
Sejati murni
Rela ku berbakti mesti terkorban diri
Pada mu ku curah sumpah setia dan janji
Dirgahayu oh Tanahairku ( 2X )